Tutorial permohonan IPO MITI secara online

rabiq

8 December, 2021

Pada 6 Disember 2021, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah melancarkan sistem baru permohonan Initial Public Offering (IPO) peruntukan khas bagi bumiputera sahaja yang telah dinaiktaraf dari sistem sebelum ini dimana pelabur bumiputera boleh memohon melalui dalam talian secara menyeluruh.

Sebelum ini, pelabur bumiputera yang ingin memohon IPO ini harus menghantar permohonan secara talian beserta dokumen yang perlu diserahkan ke pejabat MITI.

Disini, kami akan kongsikan cara-cara untuk menetapkan semula kata laluan untuk mengaktifkan sistem yang baru dan permohonan IPO MITI secara online.

Tutorial penetapan semula kata laluan (pengaktifan sistem baru)

1. Pergi ke website ini untuk menukar kata laluan - https://sahamonline.miti.gov.my/portal/forgot-password

2. Masukkan nombor mykad anda (bagi individu) atau nombor pendaftaran SSM (bagi syarikat), kemudian tekan hantar.

3. Permohonan pertukaran kata laluan berjaya di hantar ke email yang anda daftarkan sebelum ini.

4. Sila periksa dalam bahagian spam atau junk mail anda, email kata laluan baru akan berada disitu.

5. Sila ke portal https://sahamonline.miti.gov.my/portal/login untuk mengaktifkan kata laluan yang baru. Isikan ID pengguna dan kata laluan baru untuk log masuk.

6. Pengguna harus mengemaskini profil diri selepas berjaya masuk ke sistem baru.

7. Ada beberapa ruangan yang kosong perlu diisi seperti tarikh lahir dan lain-lain. Gambar kad pengenalan bahagian hadapan dan belakang perlu dimuatnaik. Jenis gambar yang dibenarkan untuk dimuatnaik adalah “png, jpeg dan jpg”.

8. Sila tekan butang kemaskini, yang berada pada kedudukan paling bawah selepas maklumat pasangan selepas semua info telah dikemaskini.

9. Tahniah, anda telah berjaya mengaktifkan dan mengemaskini sistem baru.

Apabila, sistem baru telah sedia untuk digunakan, di bawah ini kami sediakan tutorial bagi permohonan saham IPO MITI peruntukan khas bumiputera.

Tutorial permohonan saham IPO MITI peruntukan khas bumiputera 

1. Pergi ke bahagian maklumat saham

2. Tekan mohon pada saham yang ditawarkan.

3. Isi bahagian yang diperlukan seperti berapa jumlah modal yang ada dan berapa unit yang ingin dipohon. Sebagai contoh, jika mempunyai modal sebanyak RM100,000, maksimum unit yang layak dipohon adalah 333,000 unit sahaja.

4. Antara dokumen-dokumen yang perlu di muatnaik adalah seperti dibawah, mana-mana dokumen yang ingin dimuatnaik perlulah dalam format pdf. Sebelum ini pelabur perlu menghantar semua dokumen di pejabat MITI secara fizikal.

  a.  Penyata bank 3 bulan terkini, atau
  b.  Salinan penyata pegangan Pelaburan Unit Saham ASB/ASN/ASD/ASW, atau
  c.  Penyata tabung haji, atau
  d.  Penyata deposit tetap (fix deposit), atau
  e.  Pembiayaan kewangan yang belum tamat tempoh, atau
  f.   Penyata simpanan di koperasi, atau
  g.  Lain-lain dokumen

5. Jika anda ingin mengistiharkan mempunyai wang berjumlah RM300,000 pada waktu permohonan, anda perlu memuatnaik Borang EA terbaru (Penyata gaji tahunan pekerja swasta).

6. Selepas dokumen berkaitan dimuatnaik dan semua tempat kosong diisi, tandakan di bahagian pengakuan dan hantar permohonan anda.

Sumber semua gambar : Portal MITI