maahadbursa
4 November, 2021
Frontken merekodkan keuntungan sebanyak RM27.3 juta suku ketiga tahun 2021 (3QFY2021), meningkat sebanyak 27.94% berbanding suku yang sama tahun lepas.
Hasil jualan atau revenue juga meningkat sebanyak 23% kepada RM116.59 juta daripada RM94.79 juta. Peningkatan ini disumbangkan oleh faktor berikut :
1. Permintaan tinggi di Taiwan daripada pelanggan utama yang merupakan world's leading node chips manufacturer;
2. Manpower supply and mechanical rotating equipment services with Petronas.
Setakat 9 bulan tahun kewangan 2021 (9MFY2021), Frontken berjaya merekodkan peningkatan keuntungan sebanyak 27.74% kepada RM74.96 juta berbading RM58.68 juta tahun sebelumnya. Hasil jualan juga meningkat sebanyak 22.99% kepada RM328.73 juta berbanding RM267.28 juta.
Berbanding suku kewangan yang lepas (QoQ), keuntungan bersih meningkat 10.37% manakala hasil jualan meningkat sebanyak 7.33%.
Sumber gambar : malaysiastock.biz
Prospek, Frontken menyebut bahawa pelanggan utama mereka telah melabur sebanyak US$100 billion untuk meningkatkan pengeluaran node chips selama tiga tahun. Frontken juga telah membeli kilang baru di Kaoshiung, Taiwan dan dijangka akan mula beroperasi Jun 2022.
Untuk industri minyak, Frontken optimis dengan peningkatan aktiviti tahun 2022. Beberapa umbrella contracts untuk manpower supply dan rotating service equipment services dijangka akan mula mendapat permintaan tinggi.
Fasiliti baru di Pengerang yang dijangka siap tahun 2022 juga dijangka akan membantu syarikat untuk mendapatkan kontrak yang lebih banyak bersama Petronas.