maahadbursa
9 November, 2021
Proses penswastaan Daibochi Bhd gagal setelah Scientex Berhad tidak berjaya membeli sekurang-kurangnya 90% pegangan di Daibochi.
Scientex menerusi UOB Kay Hian memaklumkan setakat 08 November 2021, mereka telah memegang sebanyak 235.37 juta unit saham atau 71.90% pegangan ekuiti di Daibochi dan 16.65 juta atau 60.98% warrants.
Scientex terdahulu telah menawarkan sebanyak RM2.70 per unit saham dan 32 sen per unit warrants dalam proses menswastakan Daibochi. Sewaktu penawaran penswastaan, Scientex telahpun memegang sebanyak 61.88% saham Daibochi dan 4.25% warrants.
Ikuti kisah penswastaan Daibochi di sini : Twitter