Penang-Kedah terus menjadi destinasi tumpuan syarikat semikonduktor

fareez

31 October, 2021

AT&S merupakan sebuah syarikat besar semikonduktor daripada Austria baru-baru ini telah memilih Malaysia sebagai pusat operasi mereka yang pertama di Asia Tenggara dengan pelaburan sebanyak RM8.5 billion untuk membina fasiliti berkeluasan 100,000 meter persegi.

Antara faktor yang menjadikan Malaysia destinasi pilihan pelabur:

1.       Jarak yang dekat dengan pelanggan.

2.       Ekosistem yang menarik untuk industri elektrik dan elektronik.

3.       Ketersediaan bekalan dan sumber.

4.       Infrastruktur logistik dan utiliti yang lengkap.

5.       Teknologi semikonduktor yang tinggi.

Kemasukan pelabur-pelabur besar ke Malaysia dilihat akan memberi manfaat kepada kebanyakan syarikat tempatan. Manfaat secara tak langsung akan diperoleh apabila syarikat tempatan diperlukan untuk bersama-sama melengkapkan proses penghasilan semikonduktor.

Dengan kemampuan dan kualiti kerja yang baik daripada syarikat tempatan akan meningkatkan potensi Malaysia untuk terus menjadi antara destinasi utama pelabur asing di Asia.

https://www.theedgemarkets.com/article/ats-technology-factory-kulim-hitech-park-start-commercial-operations-2024