Pembelian IPO melalui MITI

amirul anuar

3 November, 2021

Peniaga saham yang bermodal kecil (retailers), boleh mendapatkan IPO melalui 2 kaedah iaitu melalui website MITI ataupun melalui bank yang terpilih. Bagi bumiputera, amatlah digalakkan untuk mendapatkan IPO melalui MITI disebabkan peluang untuk berjaya memperolehi IPO adalah lebih tinggi berbanding bank. Ini susulan terdapat keistimewaan khas diberikan kepada bumiputera melalui MITI

IPO (Initial Public Offerings) merupakan satu cara bagi syarikat 'berhad' untuk mendapatkan modal bagi mengembangkan bisnes syarikat ataupun membayar hutang yang ada. IPO merupakan satu 'corporate exercise' dimana  sesebuah syarikat akan menawarkan sebahagian saham/pegangan syarikat kepada orang ramai sebelum ia disenaraikan di dalam Bursa Malaysia.

Bagi mendapatkan info lebih lanjut berhubung kaedah pembelian melalui MITI, sila tonton youtube video yang disediakan di Youtube Channel Maahad Bursa

Pembelian IPO melalui MITI