Pelaburan RM520 juta di Batu Kawan melibatkan 3 syarikat : UWC, GREATECH dan PENTAMASTER

maahadbursa

6 November, 2021

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dalam kenyataan terbaru memaklumkan bahawa tiga syarikat besar tempatan telah melabur sebanyak RM520 juta bagi mengembangkan perniagaan mereaka Taman Perindustrian Batu Kawan.

Syarikat tersebut adalah : 

1. Greatech Technology Berhad (Greatech);

2. Pentamaster Corporation Berhad (Pentamaster);

3. UWC Berhad (UWC).

Pelaburan yang merangkumi tanah seluas 14 hektar dijangka akan bermula pada suku pertama tahun 2022.

Pada tahun 2020, Batu Kawan telah menerima pelaburan sebanyak RM5,078 juta. Pelaburan ini dijangka bakal menjadikan pusat perindustrian tersebut sebagai Silicon Valley of The East 2.0.

Kon Yeow juga memaklumkan bahawa pelaburan langsung domestik (DDI) meningkat ke paras paling tinggi dalam tempoh 10 tahun sebanyak RM3.6 billion pada tahun 2020, mewakili 25 peratus daripada jumlah pelaburan langsung negeri.

Setakat Jun 2021, Batu Kawan telah menerima sekitar RM700 juta pelaburan baru dan menyumbang sebanyak 54 peratus daripada jumlah pelaburan langsung di Pulau Pinang.

Pengerusi Lembaga Greatech menyebut, "Kami meletakkan sasaran pembinaan projek siap suku ketiga tahun 2022. Projek ini bakal membuka 500 peluang pekerjaan baru (300 jurutera dan 200 juruteknik."

"Pelaburan sebanyak RM120 juta seluas 500,00 ribu kaki persegi akan memberikan peluang pekerjaan kepada 300 jurutera baru," berkata Pengerusi Eksekutif Pentamaster, Chuah Choon Bin.

UWC pula melaburkan sebanyak RM200 juta, sekaligus mampu memberikan peluang pekerjaan baru buat 500 orang jurutera dan juruteknik.