rabiq
7 November, 2021
Setelah pembentangan belanjawan 2022 oleh menteri kewangan pada 29 Oktober 2021, sehingga 6 November 2021, pasaran saham Malaysia dilihat menunjukkan respon negatif dengan penurunan sebanyak 30.58 mata lebih rendah.
Knee jerk ini adalah berpunca daripada pengumuman yang memberi kesan kepada pelabur, iaitu:
1. Cukai Makmur dengan kadar 33% dikenakan kepasa syarikat yang menghasilkan keuntungan lebih RM100 juta.
Penerangan berkenaan cukai ini telah kami terangkan di dalam artikel sebelum ini, bagaimana ia boleh menjejaskan pulangan dividen. Sila rujuk disini.
2. Duti stem meningkat dari 0.1% kepada 0.15% dan had maksimum RM200 di hapuskan.
Seperti yang di tweetkan oleh Najib Fazail berkenaan ini. Secara ringkas, ianya lebih mahal kepada pelabur.
Berdasarkan value traded tahun lepas dan bulanan pada tahun ini sehingga september, anggaran value traded tahunan lebih kurang RM 1,000 billion setahun.
Jika value traded tahunan RM 1,000 billion setahun, jangkaan collection dari stamp duty adalah lebih kurang RM1.5 billion pada tahun 2022.