maahadbursa
31 October, 2021
Perintah kawalan pergerakan(PKP) dilihat telah memberi kesan kepada industri pembungkusan kotak atau lebih dikenali sebagai corrugated carton box. Hanya tiga syarikat dilihat berjaya merekodkan laporan kewangan yang meningkat tahun ini setakat Jun 2021.
Syarikat tersebut adalah :
1. Muda Holdings Berhad
2. Public Packages Holdings Berhad
Produk Muda Holdings Berhad
Syarikat yang berpangkalan di Pulau Pinang, Kajang dan juga beberapa buah negeri merupakan satu-satunya syarikat yang terlibat dengan industri penghasilan kotak dan juga kertas.
Menurut pengarah urusan Muda, Datuk Wira Lim Chiung Cheong, perniagaan syarikat dilihat dalam keadaan momentum yang baik sehingga lockdown diumumkan pada Mei 2021.
Sewaktu lockdown, Muda dilihat terkesan dengan penutupan kilang pelanggan utama dan juga kenaikan harga kotak dan kertas terpakai.
Mac 2021, harga kotak terpakai import hanyalah sekitar US$240 satu tan tetapi naik kepada US$300 satu tan pada bulan September 2021. Manakala harga kotak terpakai tempatan juga meningkat dari RM850 satu tan kepada RM1,000 satu tan.
Bermula Oktober, permintaan untuk corrugated box dilihat meningkat dan Muda dijangka akan mula menaikkan harga jualan kepada pelanggan akibat daripada kenaikan harga pembelian mereka.
Muda kini didagangkan pada price to earnings(PE) ratio 6.9 kali ganda manakala pendapatan mereka dijangka meningkat sebanyak 12-15% dalam masa 2 tahun akan datang. Lim juga dilihat memegang sebanyak 41.9% saham di Muda.
Selain daripada operasi pembuatan kotak, syarikat yang mempunyai 7 kilang di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Selangor ini juga merupakan pemilik kepada Prestige Hotel di Pulau Pinang.
Public Packages Holdings Berhad (PPHB) merekodkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 47% berbanding tahun yang sama tahun lepas.
PPHB didagangkan pada price to earnings(PE) ratio 5.1 kali ganda. Syarikat juga dilihat berada dalam kedudukan net cash dengan cash sebanyak RM84.99 juta berbanding pinjaman sebanyak RM24.99 juta.
Pengarah eksekutif PPHB Koay Chiew Poh memegang sebanyak 44.69% saham di PPHB.
Syarikat yang berpangkalan di Pulau Pinang ini dilihat merekodkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 59% untuk separuh pertama tahun kewangan 2021 (1HFY2021).
Syarikat merekodkan keuntungan sebanyak RM7.56 juta atas faktor permintaan yang tinggi daripada pelanggan dan juga margin keuntungan yang lebih banyak.
Master-Pack didagangkan pada price to earnings(PE) ratio 6.9 kali ganda. 54% daripada hasil jualan syarikat adalah daripada solar equipment manufacturing.
Lebih menarik, Yayasan Bumiputra Pulau Pinang dilihat memegang sebanyak 29% saham syarikat.
Setakat Jun 2021, Master-Pack mempunyai hutang sebanyak RM6.43juta dan juga net cash sebanyak RM37.1 juta.