Industri automotif bakal berdepan isu kekurangan bekalan aluminium

fareez

20 October, 2021

Selepas isu kekurangan semikonduktor untuk industri automotif, kini magnesium yang merupakan bahan utama untuk menghasilkan aluminium alloy dan diperlukan untuk bahagian kenderaan seperti gearbox, column steering, seat frames dan fuel tank covers pula mengalami isu kekurangan bekalan.

Hampir 90 peratus magnesium dihasilkan di China dan kini kerajaan China telah mengarahkan 35 daripada 50 penghasil magnesium untuk menutup operasi mereka sehingga hujung tahun ini untuk memastikan pengawalan tenaga dapat dikekalkan di China.

Kesan daripada itu membawa kepada kekurangan sumber aluminium dan akan memberi kesan kepada industri automotif untuk menghasilkan kenderaan.

Sehingga waktu sekarang, masih tidak ada pengganti untuk magnesium untuk penghasilan aluminium sheet dan billet. 35% daripada permintaan magnesium adalah untuk kegunaan automotif, dan perkara ini akan memberi kesan sektor ini dijangka sehingga 2022.

https://www.ft.com/content/1611e936-08a5-4654-987e-664f50133a4b