maahadbursa
11 November, 2021
Menurut laporan terkini, Elon Musk telah menjual sebanyak $5 billion pegangan saham Tesla. Beliau masih lagi memegang 166 juta unit saham.
Beliau terlebih dahulu menjual 3.5 juta unit bernilai sekitar $3.88 billion Selasa dan Rabu menerusi akaun trust.
Kemudian Rabu pagi, beliau dilihat menjual tambahan 930,000 unit bernilai $1.1 billion.
Tindakan Elon Musk adalah respon kepada undian yang dibuat kepada 63.3 juta pengikut Twitter beliau.
Pautan link : Twitter
"I will abide by the results of this poll, whichever way it goes", berkata Elon Musk menerusi ciapan tambahan undian tersebut.
Beberapa bekas dan juga ahli semasa Lembaga Pengarah seperti Robyn Denholm, Kimbal Musk abang kepada Elon Musk, Ira Ehrenpreis dan Antonio Gracias telah menjual pegangan saham mereka yang bernilai ratusan juta.
Kimbal Musk jual sebanyak $109 juta sebelum undian Elon Musk dilakukan.