Definisi Private Placement

maahadbursa

12 November, 2021

Anda selalu dengar Private Placement atau dalam bahasa melayu Penempatan Persendirian ?

Kami bawakan kepada anda semua definisi, proses, cara untuk kenal pasti dan juga psikologi pelabur. 

Definisi

Terbitan unit saham baru diberikan kepada pelabur terpilih. Pelabur akan membayar setiap unit terbitan tersebut pada harga tertentu yang ditentukan syarikat.

Selalunya harga yang perlu dibayar pelabur adalah lebih murah berbanding harga pasaran. Diskaun tersebut adalah sekitar 10% daripada 5 hari volume weighted average price (VWAP).

Setelah selesai Private Placement, bilangan saham atau number of shares akan bertambah.

Proses

  • Pengumuman pertama syarikat tentang Private Placement (PP).
  • Permohonan ke Bursa oleh syarikat.
  • Price fixing date atau pengumuman harga penempatan.
  • Hari penyenaraian atau listing date.

Cara untuk kenal pasti

- Laman web Bursa Malaysia

- KLSE i3Investor

Psikologi pergerakan harga terhadap pengumuman Private Placement

Sumber gambar : The Edge 

Syarikat yang mempunyai pengumuman Private Placement selalunya lebih volatile. Gambar di atas menunjukkan rekod pergerakan harga saham selepas Private Placement dilakukan pada tahun 2020 setakat 7 September 2020.

* * *