Cukai makmur memberi kesan kepada pelabur

rabiq

31 October, 2021

Belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mencadangkan Cukai Makmur (Prosperity Tax) dengan kadar 33%.

Kadar cukai ini akan terkesan pada syarikat yang menghasilkan keuntungan melebihi RM100 juta bagi tahun 2022.

Ada di antara pelabur yang menjangkakan pulangan dividen lebih rendah bagi syarikat yang terkesan.

Ini terjadi disebabkan oleh keuntungan yang boleh diagihkan sebagai dividen lebih rendah dari sepatutnya dengan peningkatan 9% kadar cukai. Kadar cukai maksimum sebelum ini adalah pada kadar 24%.

Kadar cukai maksimum bagi negara-negara ASEAN

Sektor bank dan pengilang besar di Malaysia adalah antara yang terkesan dengan Cukai Makmur jika ia dilaksanakan.

Contoh kiraan cukai bagi keuntungan bercukai RM200 juta:

Cukai Makmur
RM100 juta pertama x 24% = RM24 juta
RM100 juta kedua x 33% = RM33 juta
Jumlah cukai = RM57 juta

Sebelum Cukai Makmur
RM200 juta x 24% = RM48 juta

Perbezaan cukai
RM57 juta - RM48 juta = RM9 juta

Beza antara jumlah yang dikenakan cukai adalah sebanyak RM9 juta atau 0.4% dari keuntungan. Semakin tinggi keuntungan, semakin tinggi cukai yang dikenakan.

Namun begitu, Cukai Makmur ini tidak memberi impak ketara kepada kebanyakan pelabur kerana ia hanya dicadangkan bagi tahun 2022 sahaja.