CARA MOHON IPO MELALUI PLATFORM MAYBANK2U

amirul anuar

7 November, 2021

Mohon IPO melalui Maybank2u

IPO (Initial Public Offerings) merupakan satu cara bagi syarikat 'berhad' untuk mendapatkan modal bagi mengembangkan bisnes syarikat ataupun membayar hutang yang ada. IPO merupakan satu 'corporate exercise' dimana sesebuah syarikat akan menawarkan sebahagian saham/pegangan syarikat kepada orang ramai sebelum ia disenaraikan di dalam Bursa Malaysia.

Peniaga saham yang bermodal kecil (retailers), boleh mendapatkan IPO melalui 2 kaedah iaitu:

1. Melalui website MITI : https://sahamonline.miti.gov.my/

2. Melalui platform online banking bagi bank yang terpilih.

Maybank2u merupakan salah satu platform yang menyedikan kemudahan untuk pembelian IPO. Pembelian IPO melalui platform MITI akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berjaya berbanding pembelian melalui online banking. Ini susulan terdapat keistimewaan khas diberikan kepada bumiputera melalui MITI.

Namun begitu, ramai yang sentiasa berminat untuk mendapatkan IPO susulan prestasi IPO yang memberangsangkan pada first day listing. Berdasarkan statistik IPO yang dibuat oleh isaham, majoriti pemilik IPO akan meraih keuntungan sekiranya IPO tersebut dijual pada hari pertama listing di Bursa Malaysia.

Prestasi IPO (sumber: isaham)

Bagi mendapatkan info lebih lanjut berhubung kaedah pembelian melalui maybank2u, sila tonton youtube video yang disediakan di Youtube Channel Maahad Bursa.

Cara Mohon IPO Melalui Platform Maybank2u