maahadbursa
16 January, 2022
Salah satu teknik dalam memilih saham yang patut dilabur adalah melihat pada nisbah price to earnings (PE).
Nisbah PE sebenarnya agak relatif dan susah untuk kita katakan PE ratio rendah bagus untuk dibeli dan PE tinggi harga sudah overvalue.
Jadinya di sini saya berikan beberapa cara untuk tengok PE ratio :
Kita boleh kaji sesuatu saham tersebut dan lihat pada historical PE. Kalau tiba-tiba lebih rendah berbanding purata yang didagankan oleh syarikat tersebut maksudnya syarikat tersebut mungkin didagangkan pada dalam keadaan UNDERVALUE.
Anda boleh jejak historical PE ratio sesuatu syarikat melalu Trading View :
https://www.tradingview.com/script/yGb5GW65-PE-Ratio-GMB/
PE berkait rapat dengan kadar pertumbuhan sesuatu syarikt. Sebagai contoh :
PE syarikat X adalah 15 dan kadar pertumbuhan sarikat adalah 15%, maksudnya syarikat tersebut dikira fairly valued.
Andai kita jumpa syarikat traded below growth rate, itu adalah good bargain stock dan boleh dikira sebagai UNDERVALUE.
Nilai median ini juga boleh dijadikan sebagai penanda aras ataupun benchmark. Setiap sektor mempunyai median PE yang agak berbeza.
Sebagai contoh, saham teknologi selaulunya mempunyai median PE lebih tinggi berbanding sektor lain di Malaysia. Ini membuatkan nilai median median sesuatu sektor itu adalah relevan keraa diibaratkan sebagai perbandingan apple to apple.
Maklumat PE sesuatu syarikat mengikut sektor boleh didapati di laman sesawang iSaham.
Semoga bermanfaat!